IQNA

Pertandingan "Menanti Kedatangan Imam Al-Mahdi afs" di Berlin

7:54 - March 01, 2023
Berita ID: 3102283
TEHRAN (IQNA) - Pusat Islam Imam Ali (as) di Berlin mengumumkan diadakan pertandingan "Menanti Kedatangan" (المنتظرون الظهور) pada malam pertengahan bulan Syaaban (نصف الشعبان).

Laporan IQNA; Pertandingan ini adalah untuk golongan muda, remaja dan kanak-kanak dan ia diadakan dalam tiga bidang: lukisan, syair, tilawah, dan program tambahan menulis surat kepada Imam Zaman (as).

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghantar karya mereka ke nombor WhatsApp Pusat Islam Imam Ali (as) di Berlin di nombor "01771355550".

Tarikh akhir menghantar karya telah diumumkan pada 5 Mac 2023, dan pemenang utama pertandingan ini akan diperkenalkan dan diberi penganugerahan pada sambutan Nisfu Syaaban pusat itu pada 7 Mac.

Perlu diingat bahawa Rabu depan, 17 Mac bersamaan dengan Nisfu Syaaban dan ulang tahun kelahiran Imam ke-12 Ahlulbait Nubuatan Islam Bagindan Nabi Muhammad SAW, Hazrat Mahdi (AFS), dan pada kesempatan ini, pelbagai program dan perayaan diadakan oleh pengikut dan pencinta Ahlul-Bayt (as) di negara yang berbeza.

4124959

captcha