IQNA

Suasana Eid Al-Adha + Gambar

11:05 - July 02, 2023
Berita ID: 3102801
MALAYSIA (IQNA) - Hari Raya Eid Al-Adha (عيد الأضحى) atau Hari Raya Kurban diraikan pada tarikh 10 Zulhijjah yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia, hari raya ini termasuk perayaan terbesar umat Islam setelah Eid Al-Fitri setiap 1 Syawal apabila habis menunaikan ibadah wajib puasa sebulan penuh Ramadhan.

Lembu, kambing dan biri-biri biasanya binatang ternak yang di kurbankan atau disembelih dalam perayaan hari raya Adha di kalangan masyarakat muslim Malaysia atau muslim Nusantara pada umumnya, tentu korban haiwan unta di kawasan ini amatlah langka bahkan tidak ada, kerana binatang ternak jenis unta tidak dapat dipelihara dengan baik di kawasan rantau nusantara dengan sebab iklim yang tidak sesuai dengan haiwan ternak ini. Kumpulan haiwan yang telah dipersiapkan untuk dikurbankan akan disembelih beramai-ramai di kawasan tempat yang dibenarkan oleh pihak pengurusan kurban di setiap negeri dan biasanya dibuat di kawasan masjid atau surau yang dipersiapkan untuk sembelihan haiwan kurban yang dibuat niat atas nama sama ada perseorangan, keluarga, atau kumpulan, sebelum diagihkan kepada orang ramai khususnya kepada yang berekonomi lemah (fakir dan miskin) dan bahkan secara kumpulan, yang telah mengumpulkan wang pembelian haiwan kurban akan mendapat agihan daging kurban ini.

Suasana Eid Al-Adha + Gambar

Suasana Eid Al-Adha + Gambar

Suasana Eid Al-Adha + Gambar

Suasana Eid Al-Adha + Gambar

Suasana Eid Al-Adha + Gambar

Suasana Eid Al-Adha + Gambar

Suasana Eid Al-Adha + Gambar

Suasana Eid Al-Adha + Gambar

Suasana Eid Al-Adha + Gambar

Suasana Eid Al-Adha + Gambar

Suasana Eid Al-Adha + Gambar

Suasana Eid Al-Adha + Gambar

captcha