IQNA

Langkah kedua puluh dua puasa; Inginkan syurga

16:06 - April 11, 2023
Berita ID: 3102424
TEHRAN (IQNA) - Dalam doa hari ke-22 Ramadhan, kita memohon kepada Allah agar dikurniakan syurga kepada kita.

Penghujung Ramadhan semakin dekat sehingga seseorang harus berusaha untuk mendapatkan lebih banyak keberkahan hari dari bulan yang penuh berkah ini daripada hari-hari sebelumnya.

Malam Qadar mendatang dan kita bukan sahaja berdoa tetapi dengan usaha menentukan nasib kita untuk tahun hadapan, dan hari ini, pada hari kedua puluh bulan Ramadhan yang penuh rahmat, kita boleh memohon kepada Tuhan tempat terbaik di syurga.

Dalam doa hari ke-22 Ramadhan, kita memohon kepada Allah:

بسم الله الرحمن الرحیم؛ اَللّهمَّ افتَح لی فیه ابوابَ فَضلكَ وَ اَنزل عَلَیّ فیه بَرَکاتكَ وَوَفّقنی فیه لموجبات مَرضاتكَ واسکنّی فیه بحبوحات جَنّاتكَ یا مجیبَ دَعوَه المضطَرّینَ

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang; Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan di bulan ini, dan turunkanlah ke atasku keberkahan-Mu, dan berikanlah kepadaku keberhasilan untuk keredhaan-Mu, dan tempatkan aku di dalam syurga-Mu, wahai yang mengabulkan doa orang yang tertekan susah."

Membuka pintu rahmat dan kasih Allah
Seseorang yang dibukakan pintu-pintu rahmat dan kasih Tuhan, menikmati kebajikan di kalangan manusia, sebahagian daripada kebajikan ini ada di dunia dan sebahagian di akhirat, yang menunjukkan tanda-tandanya dalam keperibadian manusia.

Di hadapan ibadah ada dua perkara: satu keberkatan dan satu lagi dosa, iaitu di satu pihak kita tenggelam dalam nikmat Allah dan di satu pihak lagi tenggelam dalam dosa.

Ibadah manusia di haapan Tuhan adalah penundukkan diri di hadapan rahmat Allah dan juga di hadapan dosa-dosa yang telah dilakukan dan tidak boleh menjadi kafarat baginya. Maka segala yang diharapkan adalah perlakuan Allah dengan rahmatNya atas kita, bukan keadilan-Nya".

Faktor menikmati rahmat Allah ialah: 1. Iman 2. Taqwa 3. Doa 4. Taat.

Sebaliknya faktor-faktor yang menghilangkan rahmat Allah ialah:
1. Menderhakai perintah Allah
2. Melanggar perjanjian ilahi
3. Menuruti godaan Syaitan.

Rahmat Allah di bulan Ramadhan
Sepanjang tahun, tiada bulan sehebat bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Berbahagialah mereka yang mengetahui betapa besarnya nilai bulan ini dan memanfaatkan keberkatannya yang tidak terhingga.

Sudah tentu untuk lebih mendapat manfaat daripada keberkatan material dan rohani serta kesan dan pahala bulan Ramadhan, seseorang itu tidak seharusnya hanya terhad kepada puasa, tetapi seseorang juga harus menghindari dosa.

Dan dengan memperbaiki diri dan menjaga serta menghindari pencemaran oleh dosa, semestinya seseorang mendedahkan hidupnya kepada hembusan nikmat istimewa Allah SWT.

Berjaya mendapat keredhaan ilahi
Apa yang penting ialah keinginan sebenar seseorang mengambil langkah-langkah untuk melakukan sesuatu dengan baik, bukan hanya sekedar keinginan untuk melakukan perbuatan itu. Dalam Surah Hud, ayat 88, kita membaca dari ucapan Nabi Syuaib (as) kepada kaumnya:

إِنْ أُرِیدُ إِلاَّ الإِصْلاَحَ مَا اسْتَطَعْتُ وَمَا تَوْفِیقِی إِلاَّ بِاللّه

“Kehendaku hanyalah untuk memperbaiki apa yang saya mampu lakukan dan tiada kejayaan melainkan dengan pertolongan Allah"

Berdiam di syurga
Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: Terimalah enam perkara daripada-Ku dan kerjakanlah, nescaya Aku akan memasukkan kamu ke dalam syurga pada hari kiamat dan Aku menjaminnya untuk kamu:
1. Jangan berbohong apabila bercakap
2. Jangan mengkhianati sesuatu amanah (harta atau rahsia orang atau pun amanah Allah)
3. Setiap kali anda membuat janji, jangan mengingkarinya
4. Jangan mengikuti nafsu
5. Kawal mata anda supaya tidak melihat apa yang tidak sepatutnya dilihat, jaga tangan dan lidah anda.

* Diambil dari kitab; "Bisikan Orang Berpuasa - «نجوای روزه‌داران» -" Najwoi ruzedoron, berbahasa Farsi - karangan Hujjatul Islam Ruhullah Bidrom (روح‌ الله بیدرام) dalam tafsiran doa hari ke-22 bulan Ramadhan.

captcha