IQNA

Hidup Bersih; (Semarakkan Aktiviti Tadabbur Quran (4):

Kebersihan dan Kesucian Adalah Tuntunan Islam + video

20:41 - January 10, 2022
Berita ID: 3100627
TEHRAN (IQNA) - Agama Islam sangat teliti mengajarkan Kebersihan dan bersuci bagi Umatnya, hal ini ditunjang adanya pembelajaran kebersihan dan kesucian dalam konsep pendidikan Islam.

Laporan IQNA; Kebersihan dan Kesucian merujuk pada pengurusan jasmani dan rohani manusia; Kebersihan jasmani meliputi kebersihan mulai dari anggota badan, makanan, pakaian, rumah, alat-alat yang digunakan, persekitaran tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar, dan seterusnya hasil yang diperolehi dari usaha dan pendapatan pembiayaan sara hidup dan mata pencaharian, rezeki serta pergaulan antara sesama manusia seperti perisikan, perjodohan untuk berkahawin atau pelbagai kontrak sosial dan muamalat hendaknya halal, suci dan sah.

Salah satu tajuk utama Ilmu Fiqah atau dalam pembelajaran Fardhu ain adalah masalah kebersihan, kesucian dan sah yang dikenal dengan istilah Thaharah (طهارة) yang bermaksud bersuci.

Bersuci daripada najis adalah salah satu syarat untuk benarnya (sah) beberapa ibadah, seperti solat, tawaf (berjalan keliling Kaabah), menyentuh huruf-huruf Al-Quran dan nama-nama Allah swt serta maksumin as.

Jenis kebersihan dan kesucian:

1. Kebersihan dan Kesucian zahir ialah berkenaan dengan badan dan pakaian daripada kekotoran dan benda najis dengan menghilangkan benda najisnya sesuai cara yang sah dibahas dalam risalah amaliat para ulama mujtahid profesional yang menjadi marajik (tempat merujuk) bagi para muqalid (pengikut, muslim awam, yang tidak mengkaji secara profesional ilmu ijtihad hukum Islam dari sumber aslinya).

2. Kebersihan dan kesucian batin yang diperlukan untuk menjalani Ibadah tertentu seperti Solat dan ianya berkenaan dengan makrifat yang dicapai melalui wuduk, ghusl atau tayammum.

3. Kebersihan dan kesucian akhlak atau perangai yang bermaksud mengosongkan jiwa daripada kekotoran syirik dan dosa atau maksiat kepada Allah swt iaitu berkenaan dengan menjauhi langgar perintah dan laranganNya.

Oleh itu Kebersihan dan Kesucian dibincangkan dalam dua ilmu; fiqah dan akhlak. Kesucian fiqah ada dua jenis: kesucian zahir daripada najis dan kesucian batin yang diperoleh melalui wuduk, mandi atau tayammum.

Kesucian akhlak; bermaksud membuang akar-akar syirik dan akhlak yang buruk dari dalam dan menghiasinya dengan tauhid dan sifat-sifat kesempurnaan manusia. Kesucian akhlak yang muktamad membawa kepada kemaksuman manusia. Dalam Surah Al-Ahzab ayat 33, Allah swt memperkenalkan Ahlulbait Nabi Islam (saw) sebagai yang mempunyai tahap kesucian ini, dalam firmanNya:

 إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

 Sesungguhnya Allah hanya hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "Ahlulbait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). (QS, Al-Ahzaab 33:33).

Penjagaan kebersihan dan kesucian ini sebagai aplikasi Iman dan amal soleh dalam rangka beribadah kepada Allah swt, oleh itu bagi setiap orang Islam diharap memastikan diri untuk dapat menjalankan kehidupan secarah bersih, suci dan sah, sama halnya orang Islam memiliki tempat ibadah; Masjid dan Surau yang menjadi perhatian utama umat Islam untuk menjaga kebersihan dan kesuciannya, sehingga menjadi pemandangan yang populer dan biasa ada bahawa Masjid dan Surau dikenali sebagai tempat-tempat yang menyenangkan, penuh ketenangan dan pusat aktiviti kebajikan kemanusiaan dan peradaban mulia, bersih, suci dan sah secara Islam.

Demikian halnya kehadiran Ahlulbait (as) yang Maksum, Suci dari kesalahan dan dosa, suatu keperluan bagi muslim dan manusia yang lain kerana ianya diperlukan untuk menjadi wasilah yang menyenangkan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt; memohon pertolongan, limpahan rahmat dan keberkahan dari yang Maha suci dan tidak menerima permohonan maaf dan ampunan para hamba yang berdosa kecuali melalui pendekatan dengan para maksum as yang telah dipilih dan ditentukan oleh Allah swt sendiri.

Dalam satu riwayat dari Hazrat Fatimah az-Zahra (sa), sebagai putri atau Ahlulbait Baginda Rasulillah Muhammad (saw), yang dipilih dan dikehendaki oleh Allah swt sebagai seorang maksum; yang dijaga oleh Allah swt kesucian akhlaknya, sebagai yang dimaksud dalam ayat Tathhir tersebut, berkata:

  نَحْنُ وَسیلَتُهُ فى خَلْقِهِ، وَ نَحْنُ خاصَّتُهُ وَ مَحَلُّ قُدْسِهِ، وَ نَحْنُ حُجَّتُهُ فى غَیْبِهِ، وَ نَحْنُ وَرَثَةُ اءنْبیائِهِ.

(شرح نهج البلاغه ابن ابى الحدید: ج. ۱۶، ص. ۲۱۱.)

“Kami  adalah wasilah, penghubung bagi-Nya dalam penciptaan-Nya, kami adalah kekhususan bagiNya dan tempat KemuliaanNya, dan kami adalah bukti dalam keghaibanNya, dan kami adalah pewaris para NabiNya.”

Menyoroti hal Kebersihan dan kesucian IQNA mencuba kongsikan satu video aktiviti kebajikan NGO Ummah yang berkhidmat pembersihan Masjid dan Surau serta menjenguk orang sakit dan derma pada yang memerlukan bantuan di saat-saat masyarakat dilanda musibah seperti banjir, wabak dan lain-lain asbab. Huluran amal kebajikan dari suatu kerjasama, sama ada dalam bentuk Persatuan, Perikatan, Syarikat, Pakatan, NGO atau dalam bentuk kerjasama lainnya, adalah cerminan bagi tindakan keperihatinan umat Islam terhadap masalah kebersihan dan kesucian akhlak.

 

 
 
captcha