TEHRAN (IQNA) - Pada malam Arbaeen Huseini (as), jemaah ziarah Arbaeen Huseini mengunjungi kota-kota suci Kazemain dan Samarra dan dalam suasana kerohanian yang quddus atau suci dan mulia kerana berada disisi makam-makam Imam suci dan mulia Ahlulbayt kenabian Baginda Rasulillah Muhammad (saw) sebagai wali-wali Allah swt yang penuh karamah dengan izin Allah (swt) Yang Maha Berkemampuan dan Maha Kasih Sayang kepada Para HambaNya, yang berusaha berwasilahkan Wali-wali pilihanNya (swt) untuk mendekatkan diri kepadaNya (swt) dan memohon hajat-hajat.
Samarra; Makam suci Imam Hasan Askari (as)
Sardab (Tempat bermulanya peristiwa keghaiban Imam Al-Mahdi (afs) : Ruang bawah tanah rumah Imam Hasan Askari (as), di barat laut Makam suci Askari di kota Samarra. Kesucian tempat ini di kalangan Muslimin Pengikut Ahlulbayt Nubuwah Baginda Nabi Muhammad (saw) atau yang dikenal dengan sebutan Syiah, adalah kerana ia adalah tempat tinggal Imam Hadi (as), Imam Hasan Askari (as) dan Imam Zaman Al-Mahdi yang ditunggu kemunculan nya kembali (afs).