IQNA

Kehadiran wakil 53 negara dalam pertandingan Al-Quran antarabangsa

13:42 - October 31, 2021
Berita ID: 3100347
TEHRAN (IQNA) - Ketua Pusat Hal Ehwal Al-Quran Institut Wakaf Republik Islam Iran, merujuk kepada pelaksanaan peringkat persiapan Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran ke-38 pada masa yang sama di peringkat separuh akhir pertandingan kebangsaan berkata: Peringkat pertandingan ini akan diadakan tanpa kehadiran.

Laporan IQNA, Mehdi Gharashikhlou, ketua Pusat Hal Ehwal Al-Quran Institut Wakaf Republik Islam Iran dan seorang Qari antarabangsa, menegaskan bahawa kekuatan pelaksanaan program Al-Quran di negara ini boleh menjadi pendorong perhatian orang ramai kepada Al-Quran, sambil menambah: Apabila difikirkan isu tauladan dan kepahlawanan, kita telah menyediakan tempat untuk mereka yang telah mencapai tahap tinggi dalam bidang Al-Quran untuk lebih diperkenalkan kepada masyarakat, dan ini boleh mendorong kecenderungan lebih ramai anak muda terhadap Al-Quran.

Qarashikhlou berkata: "Memuliakan syiar-syiar ketuhanan mempunyai banyak cara dan simbol yang berbeza; Majlis pertemuan para Qari, halaqah tadarus, pertandingan dan pameran Al-Quran semuanya dianggap sebagai aplikasi memuliakan syiar-syiar ketuhanan Allah swt dalam masyarakat, dan oleh itu kita mempunyai kewajipan untuk mengembangkannya hari demi hari dari segi kuantiti yang berkualiti."

Beliau merujuk kepada salah satu kenyataan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Imam Syed Ali Khamenei (hf), yang memperkenalkan aktiviti Al-Quran sebagai aktiviti strategik, dan berkata: "Semua aktiviti Al-Quran menyediakan asas untuk meningkatkan perhatian orang ramai kepada Al-Quran, dan apabila perhatian ini meningkat, hubungan rakyat akan bertambah dan menjadi lebih kuat dengan Al-Quran, dan akibatnya apa yang kita harapkan Al-Quran untuk nyata dalam kehidupan seharian menjadi kenyataan."

Hubungan harian dengan Al-Quran ini juga terbentuk melalui pelbagai cara seperti; mahfile, pertandingan, pameran, malah dalam privasi manusia sendiri. Beliau merujuk kepada penganjuran Pertandingan Al-Quran Antarabangsa di Croatia dan kejayaan wakil negara Republik Islam Iran dalam pertandingan ini dan menambah: "Wakil kita pada usia 21 tahun memenangi tempat pertama di kalangan wakil dari negara yang berbeza, ini sebagai memperkenalkan model sebegini kepada masyarakat menjadikan mereka lebih memperhatikan Al-Quran."

Qarahikhikhlou menambah: Peringkat awal pertandingan antarabangsa akan diadakan serentak dengan peringkat separuh akhir tanpa kehadiran dan bahagian akhir akan diadakan pada bulan Mac tahun 2022, semasa hari kebangkitan. Kami akan cuba membuat peringkat akhir pertandingan antarabangsa secara kehadiran peserta. Setakat ini, lebih 53 negara telah mencalonkan wakil mereka untuk menyertai pertandingan tahun akan datang, pertandingan antarabangsa akan diadakan dalam bahagian dewasa, wanita, pelajar dan yang berkeupayaan khas.

4008795

captcha